Kecoh Betul Nik Aziz Ni....Apa Salahnya Ust Nasharuddin Ni?

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu selepas bekas Timbalan Presiden PAS terbabit dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS berikutan menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana