Karikatur Hina Sahabat Nabi : Guru Pusat Tuisyen Minta Maaf

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.
“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.

Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.

“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya.

BERGITU MUDAHNYA HANYA MEMINTA MAAF....ADAKAH MEREKA INI BARU MENENTAP DI MALAYSIA TIDAK TAHU SENSITIF ORANG ISLAM.MUDAHNYA ORANG ISLAM MEMAAFKANNYA...APA TERJADINYA ORANG ISLAM MENGHINA AGAMA MEREKA....1 M TAK DAPAT BAYANGKAN...SEMUA NGO NGO CINA TAK KIRA APA FAHAMAN POLITIK MEREKA BANGKIT BERSAMA SAMA MEREKA AKAN BUAT BANTAHAN.SEDIHLAH MELIHAT ORANG MELAYU KITA SENDIRI...KAU SENDIRI BAWA MASALAH SELESAIKAN SENDIRI LAH...SIKAP DENGKI DAN IRIHATI PADA ORANG MELAYU TAK BOLEH DINAFIKAN LAGI.SEDARLAH....AGAMA ISLAM KITA MESTI BERSATU HATI.......

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana