"Jumpa kamu di mahkamah" - kata Nasha kepada Karpal

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh di mahkamah bagi m   beliau dipetik sebagai berkata, dia masih kekal dengan pendiriannya sebelum inempertahankan pendirian sebenar beliau. i, bahawa Karpal adalah anti-Islam. "Saya dididik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada aqidah, perundangan dan akhlak, "Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah," ulas beliau ringkas. Karpal dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau akan memulakan prosiding finah terhadap Nasharudin, ekoran kenyataan Ahli Parlimen Bachok itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam. Beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam. Semalam, Nasharudin menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya untuk menggesa PAS mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang sekiranya parti DAP masih terus menolak pelaksanaan hukum hudud. "Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substansive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum sebelum ia boleh dilaksanakan, tapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau dalam kenyataannya semalam turut berkata, Karpal sebelum ini mengulangi beberapa kali bahawa 'langkah mayat saya dahulu' sebelum undang-undang Islam dapat dilaksanakan. Justeru katanya, sekiranya Karpal mampu mengeluarkan kenyataan seumpama itu, beliau juga sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana