Isu Nasha-Najib: 'Dendam' PAS terhadap Umno begitu mendalam...Lebih Dari Itu Lagi


PAS menyifatkan 'dendam' parti Islam itu terhadap Umno begitu mendalam sehingga menganggap pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti itu sebagai masalah besar dan sensitif."Kemungkinan besar Nasharudin Mat Isa membuat tindakan-tindakan yang sensitif dengan PAS, itu benda yang sensitif sangat kepada PAS. PAS ini terlalu bermusuhan dengan Umno, jumpa pun tak boleh.

"Kalau jumpa pemimpin Umno dia tafsir sensitif maknanya dah cenderung kepada Umno. Padahal kita orang Islam apa salahnya, kita bersaudara sesama Islam tapi ia jadi kebimbangan kepada PAS kerana begitu lama pendam perasaan benci kepada Umno.Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah.

Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok akan berdepan tindakan tegas termasuk kemungkinan dipecat keanggotaan seperti mana yang berlaku ke atas bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, Januari lalu.kemungkinan tindakan sama tapi mungkin mereka terima pengajaran ke atas tindakan terhadap Hasan Ali. Jadi mereka dapat pengajaran yang pahit daripada pemecatan itu, mungkin mereka tiada jalan lain kecuali memecat Nasharudin."Kerana tindakan Nasharudin begitu sensitif kepada mereka, padahal apa yang dibuat Nasharudin melampaui kepentingan politik iaitu untuk kepentingan umat dan isu Karpal Singh, itu untuk kepentingan umat Islam sendiri berdasarkan tindakan Karpal yang mengganggu gugat kepentingan Islam dan hak umat Islam."Itu maknanya ia punyai persaingan untuk memenangi hati pengundi khususnya Melayu Islam begitu berat. PAS dan Umno tak perlu ada 'dealing' sama ada bergambar atau berbincang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana