Inilah Contohnya 1 Malaysia Di Ilhamkan Oleh PM Kita Kepada Semua Kaum Yang Ada Masalah.....

RM100,000 bantu keluarga Loganathan.....

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada keluarga bekas penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam yang ditimpa musibah selepas rumah mereka terbakar.Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan disalurkan melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu bertujuan meringankan beban keluarga mendiang selain menghargai sumbangannya dalam menyatukan bangsa Malaysia melalui bidang seni.
"Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada balu mendiang, Datin Susan Loganathan dan anak-anak. Mendiang semasa hayat melalui platform Alleycats sentiasa berjuang untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni," katanya semasa berucap pada majlis Kar1sma Ramadan di sini hari ini.
Rumah mendiang Loganathan atau lebih dikenali sebagai Loga yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang hangus dijilat api dalam kejadian pada Isnin lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL