Honda Malaysia perkenal Jazz S....Perghhh Cantikkk Bebbb

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan variasi Honda Jazz S kepada rakyat Malaysia, sambil mengekalkan ciri-ciri penting kereta kompak hatchback lima pintu yang popular."Kami percaya Jazz S akan menarik ahli profesional muda yang berminat dengan kenderaan kompak bagi mengisi gaya hidup dan cara pemanduan mereka.
"Ia juga menyasarkan keluarga muda di bandar yang mahukan ruang dalam yang luas bagi keperluan gaya hidup seharian masing-masing," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno dalam satu kenyataan hari ini.
Kereta Jazz S itu dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter, yang merupakan teknologi Honda.
Jazz S didatangkan dengan warna mutiara putih yang cerah dan metalik logam dan kristal mutiara hitam.Honda menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 210 unit menjelang akhir tahun. Kereta itu berharga atas jalan RM99,800.
Para pelanggan boleh menguji pandu dan membuat tempahan Jazz S di mana-mana peniaga Honda yang dibenarkan di seluruh negara. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana