Gambar Lelaki terjun dari pesawat AirAsia....Menakutkan

Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi.Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur.Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam.
Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana