Freemason: Pembela mahu Anwar jelaskan....

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) hari ini turut menyuarakan desakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan dengan terperinci berhubung kaitan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Desakan itu dibuat setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar mengenai perkara itu menuntut agar beliau menjelaskan dengan lebih mendalam tentang perkara itu.Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, ini kerana penglibatan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam pertubuhan itu yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan Ketua Pembangkang adalah satu perkara yang amat serius.
"Kita menyokong desakan Perkasa yang mahu Anwar menjelaskan secara terperinci tentang perkara itu. Jika tidak benar sekalipun maka beliau perlu membuat penjelasan. Bukan hanya menjawab ringkas melalui Twitter,"

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL