Dr. Mohd. Asri : Malaysiakini Putar Belit Kenyataan Saya

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Kredibiliti Malaysiakini sebagai medium penyampaian maklumat bebas dan seimbang terus dipersoalkan berikutan tindakan portal berita propembangkang itu memutar belit kenyataan daripada sumber untuk kepentingan politik semata-mata.

Perkara itu diakui bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu hudud telah dipetik Malaysiakini semalam secara tidak menyeluruh menyebabkan maksud kenyataannya berada di luar konteks.

Menurut beliau, menerusi laporan bertajuk 'Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud' semalam, Malaysiakini sekadar mengambil sebahagian artikel menerusi blognya di drmaza.com secara tidak menyeluruh.

Menolak nas al-Quran tentang hudud (jatuhnya) murtad, tapi menolak tafsiran dan pendapat tentang hudud oleh pihak tertentu tidak murtad. “Isu hudud yang dilaporkan Malaysiakini itu benar tapi tidak menyeluruh.

Sebahagian media mengambil potongan artikel-artikel saya lalu dijadikan berita secara tak menyeluruh, di luar konteks dan untuk kepentingan politik mereka semata-mata," katanya menerusi akaun Twitternya semalam.

Malaysiakini semalam melaporkan Mohd. Asri memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Portal berita itu ketika ini mendapat kecaman pelbagai pihak kerana didakwa menyiarkan laporan secara tidak beretika dan mengkritik kerajaan secara keterlaluan dengan membelakangkan prinsip dan etika media.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana