Artis sertai politik jangan terlalu menunjuk dan Angkuh - Zed Zaidi


PUTRAJAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil menyifatkan perubahan yang dibuat oleh sesetengah artis disambut baik semua pihak namun dinasihatkan supaya tidak terlalu menunjuk.

Beliau yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, perubahan dari aspek personaliti atau terjemahan pendirian politik tidak ditentang namun golongan itu harus mengelakkan diri daripada diperalat mana-mana pihak.

"Jika sesetengah artis mahu berubah itu tidak menjadi masalah tetapi jangan sampai apabila memasuki sesebuah parti mereka terus membiarkan diri diperalatkan," katanya ketika hadir di program Rumah Terbuka Perdana Menteri, Datuk Najib Razak di kediaman rasminya hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini memberi amaran kepada artis tempatan yang disifatkan sebagai ghairah menceburi dunia politik supaya berpada-pada dan bukannya bersikap 'lebih sudu dari kuah' dalam menyampaikan ceramah.

Katanya, artis terbabit tidak harus mencanang diri sebagai tokoh agama sebaliknya boleh bercerita mengenai penghijrahan daripada zaman kegelapan ke arah menjadi umat yang lebih baik.

"Sesiapa jua termasuk artis ini tidak boleh...menjadi ulama atau tokoh ilmuan dalam satu hari dengan menaiki pentas agama."

Rozaidi kemudian menambah, keadaan lebih teruk apabila wujudnya unsur cabar-mencabar sesama artis sendiri sehingga menjejaskan hubungan persahabatan yang terjalin.

"Cabaran-cabaran ini akan disalah ertikan sebagai tugas yang diberikan pihak tertentu.

"Selalunya cabaran-cabaran ini akan membuahkan ganjaran, sebab itu mereka berani untuk mencabar," katanya.

Katanya, pilihan samada mahu berubah dan memilih untuk menjadi penyokong kepada mana-mana parti adalah pilihan individu tetapi bukan sehingga diperkudakan pihak tertentu.

Dalam pada itu, Nur Farhan Azizan penyanyi yang lahir daripada program realiti TV, Akademi Fantasia berkata, sebagai artis mereka sepatutnya lebih matang dalam perkara yang melibatkan politik tanahair.

"Bak kata Tun Mahathir, 'Be School' atau artis kena lebih berpelajaran agar dapat memilih perkara yang baik atau sebaliknya.

"Kalau mahu berubah, jangan lupa siapa kita dahulu sehingga kini mempersoalkan tindakan orang lain yang masih tidak berubah," tambahnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL