Anggota Polis Dan Tentera Kini Dapat Diskaun Melalui '1Malaysia Privilege Card'

PUTRAJAYA, 7 Ogos - Seramai 241,000 anggota polis dan tentera dari seluruh negara kini bakal menikmati diskaun sehingga 20 peratus di beberapa premis seperti Proton, stesen minyak BHP, Mydin, KFC, KTMB, Fokus Point serta beberapa lagi premis terpilih melalui 1Malaysia Privilege Kad yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PICC Putrajaya petang tadi.
Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan kerajaan ke atas segala pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis dan tentera dan komitmen mereka sepanjang menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Melalui diskaun yang diperolehi, sekurang-kurangnya ianya dapat membesarkan pendapatan boleh guna yang diperolehi oleh anggota polis dan tentera dari seluruh negara.

Dalam majlis pelancaran 1Malaysia Privillege Kad yang dihadiri oleh anggota PDRM dan ATM dan turut disertai oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Perdana Menteri turut berkata "Kad ini adalah hasil dari Strategi Lautan Biru yang diterapkan kerajaan, ia merupakan kesinambungan selepas latihan bersama ATM dan PDRM yang unik dan kali pertama seumpamanya di dunia".

Selain melancarkan 1Malaysia Privillege Kad Perdana Menteri turut melancarkan portal 1Malaysia Privillege Kad untuk membolehkan para pemegang kad memeriksa serta menyemak senarai harga barang di premis terpilih dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana