Alahaiiii....Apa Nak DihairanKan,Nik Aziz Sendiri Yang Bagi Muka Selama Ini...

Apa pening pala Nik Aziz Wei....Sendiri Buat sendiri tanggung lah.Jangan salahkan orang lain pulak.

KOTA BHARU, 23 Ogos - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak mahu lagi membuat kenyataan mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, berhubung isu hudud. Menteri Besar Kelantan itu berkata, sudah memadai ia dijawab pemimpin lain dalam parti sebagai mana disiarkan dalam akhbar sebelum ini. “Kebelakangan ini, Karpal begitu lantang membangkitkan isu hudud menyebabkan ada pihak meminta saya memberi kenyataan. Namun, bagi saya sudah memadai dengan maklum balas yang diberikan pemimpin lain dalam parti (PAS),” katanya dalam Facebooknya, semalam. Sebelum ini, Nik Aziz mempertikaikan kenyataan Karpal yang tidak bersetuju cadangan pemimpin PAS, bahawa pelaksanaan hukum hudud adalah cara terbaik mengatasi masalah jenayah dan sosial di negara ini. Beliau hairan dengan sikap Karpal yang disifatkannya berbeza dengan kebanyakan pemimpin DAP yang terpelajar serta memahami PAS dan perjuangannya mengenai undang-undang Islam. Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau kekal dengan pandangannya bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu bukan hanya sekadar anti-hudud tetapi juga anti-Islam. “Sudah berapa kali dia (Karpal) mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam over my dead body, yang menunjukkan dia sanggup mati untuk mempertahankan pendiriannya. “Maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan kesucian agama saya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana