Alahaiii PAS Ni Tak Habis Habis Nak Dipolitikkan Khutbah Aidilfitri Pun Jadikan tempatnya...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), mengambil tindakan terhadap pihak yang mencemari khutbah Aidilfitri, baru-baru ini.

Ibrahim menunjukkan teks khutbah yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan, dipercayai mempunyai unsur fitnah, hasutan dan politik, hingga boleh memecah belahkan perpaduan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, khutbah yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan, dipercayai mempunyai unsur fitnah, hasutan dan politik, sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan umat.

Ibrahim turut menyiasat naskhah teks khutbah solat raya yang dibuat pihak berkenaan, yang mengajak rakyat untuk berpecah belah.

“Antara teks khutbah itu adalah, berleluasanya penipuan dalam pilihan raya, tindakan menyerah pemerintah kepada bukan berhak, menahan rakyat tanpa jenayah menyeksa tahanan, memberi kuasa kepada pemerintah tidak adil.

“Inilah bukti kepada hasutan secara halus yang dibuat pihak berkenaan, malah bercanggah dengan hukum Islam yang mahukan umatnya, bersatu-padu,” katanya semalam.

Beliau berkata, sepatutnya khutbah menyeru kepada ketakwaan dan perpaduan, namun teks ini jelas mengajak rakyat menolak kepimpinan Kerajaan Pusat.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pihak terbabit sepatutnya membuat teks khutbah dengan menyelitkan soal hukum hudud, perpaduan dan masalah umat Islam.

Namun berbeza dengan apa yang berlaku, apabila kenyataan tidak bertanggung jawab ini, menunjukkan mereka mahu rakyat bergaduh sesama Islam.

“Saya menggesa Maik agar tidak membenarkan pihak berkenaan, mengeluarkan teks khutbah di masa depan, demi perpaduan umat,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama 5,000 penduduk Pengkalan Pasir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana