Yahya dan Hasnah sedia rujuk kembali....Suami Ikut Hawa Nafsu Inilah Padahnya...Terlalu Taksub

Buat malu saja pada orang bukan Islam yang mendengarnya disebabkan politik sempit Taksub PAS...Apa pandangan orang kampungnya nanti...memang malu seorang ahli PAS tanpa ada kesabaran pada diri seorang lelaki.Tiba tiba saja mahu rujuk kembali....Alhamdulilah lah jikalau sudah tersedar.

PASIR MAS – Sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.

Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).

“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.

Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan.“Saya harap kedua-dua pihak berbaik semula terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana