Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Comments
Soalan aku: Merugikan kepentingan parti? Kepentingan Islam bagaimana? Kepentingan parti diutamakan dari kepentingan Islam?
Nik Ajis kata: Datuk Hasan Ali ni yelah… pecatlah… Laki bini lagi bercerai… (%4%$#?) Tak ada parti atas muka dunia yang tidak pecat ahli dia yang tak senonoh.
Soalan aku: Tak senonoh? Sebab dia kutuk Anwar? Atau sebab dia terlibat dengan Himpun: Selamatkan Akidah Umat dan tidak terlibat dengan Bersih 3.0? Atau sebab dia bersungguh-sungguh memerangi gejala mungkar di Selangor ?
Apa keutamaan perjuangan PAS sebenarnya? Parti atau Islam. Adakah perkataan Islam dalam nama parti itu sudah tinggal nama saja? Sudah tiada kesucian pada perkataan Islam itu? sudah tiadakah perjuangan memartabatkan Islam walaupun sekadar di negeri dibawah pemerintahan Pakatan? Sudah tiadakah sifat2 terpuji orang Islam pada pemimpin, ulama, ahli dan penyokong parti itu?
Sudah jahanamkah PAS kerana PKR dan DAP?