ULASAN TERBARU DARI DR HASAN ALI KEPADA PAS....

 
Saya menerima jemputan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP) untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam debat mengenai PRU KE-13 : DIMANAKAH PAS SELANGOR. Saya difahamkan debat ini akan menemukan saya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dr Rani Osman. Difahamkan jemputan kepada saya adalah atas kapasiti saya sebagai mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang telah saya sandang selama 8 ...tahun.

Saya telah menyatakan persetujuan saya untuk menyertai debat tersebut kerana saya masih mengikuti perkembangan parti itu secara dekat di negeri Selangor dan sehingga ini saya sentiasa diberi maklum balas mengenai gerak kerja parti oleh pimpinan diperingkat negeri dan kawasan.

Perlu saya jelaskan di sini bahawa saya bukanlah pihak yang mengusulkan acara debat ini dan saya atau wakil saya sebagaimana yang didakwa oleh Dr Rani tidak pernah mengundang beliau untuk berdebat dengan saya. Semuanya diuruskan oleh pihak penganjur iaitu Gerakan Masyarakat Prihatin Meru.

Saya difahamkan Dr Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar untuk dimengertikan seperti saya menggunakan kaedah gangsterisme terhadap PAS.

Sepatutnya Dr Rani menyambut baik jemputan berdebat itu dan menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu PAS di negeri Selangor disamping dapat menjelaskan apa yang PAS selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja dinegeri Selangor dalam menghadapi PRU ke 13 yang akan datang.

Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak penganjur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana