Ulama Kini Kian Sedar....penubuhan Majlis Ulama Untuk UMNO...Alhamdulilah Berkat Usaha ILMU
Ini selaras dengan kenyataan oleh pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya "Majlis Ulama bukanlah berperanan sebagai benteng pertahanan parti, sebaliknya mereka akan bertindak lebih agresif bagi membantu pemimpin dalam hal kebaikan. Apa yang baik mereka berikan pujian dan perkara yang tidak betul atau salah berikan teguran".
Cadangan beliau terus mendapat respon yang
positif dalam barisan Umno dan juga penganalisi politik. Khairy Jamaludin dalam
ulasannya, berharap badan itu akan mampu memberi nasihat dan panduan kepada
parti.
Manakala Prof Dr Ahmad Atory Hussain seorang Penganalisis Politik pula berkata "tugas Majlis Ulama perlulah seiring dengan namanya agar tidak memberi persepsi yang tidak baik di kemudian kelak". Beliau juga yakin penubuhan ini mampu menarik minat golongan ulama untuk sertai Umno.

Kewujudannya kelak akan memberikan satu
tamparan dan tendangan hebat kepada PAS yang kononnya
memperjuangkan Islam, tapi terus menerus diperkudakan oleh DAP dan PKR.
Perjuangannya telah jauh tersasar. PAS hanya syok sendiri, sedangkan rakan
seangkatannya pula memandang sinis perjuangan yang dilaungkan oleh PAS untuk
menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hakam Islam.
PAS tidak berani dan telah gagal mentarbiahkan
rakan sepakatan terutamanya DAP tentang hudud. Jika dulu PAS dilihat sebagai
sebuah parti tulen yang memperjuangkan Islam, kini semuanya telah 'hampeh' dek
kerana menurutkan nafsu semata-mata untuk menawan Putrajaya. Matlamat
menghalalkan cara, itulah slogan PAS sekarang.
Jika PAS yang didokong oleh ulama dan celik agama sendiri telah gagal dalam mentarbiahkan DAP tentang hudud, apalah yang hendak diharapkan dengan PKR yang dikepalai oleh seorang yang banyak skandal dan terkenal dengan homoseksualnya. Sudah tentulah pandangan beliau akan dibakul sampahkan sahaja dan menjadi bahan lawak sesama kafir.
Penubuhan Majlis Ulama ini memang tepat pada masanya agar semua pihak dapat manfaat daripadanya tentang keindahan dan keadilan Islam.

Comments