TERBAIK USAHA DARIPADA KERAJAAN KEPADA PELAJAR...PEMBANGKANG JEALOUS BEB

KUALA LUMPUR, 3 Julai -- Cadangan KDS1M dikemukakan oleh pelajar pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November tahun lalu kini menjadi kenyataan.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) merupakan inisiatif kerajaan membantu mengurangkan beban pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 14 buah koperasi dan 31 buah syarikat yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

Seramai 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta akan menikmati kebaikan dengan pelancaran kad diskaun ini oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang begitu komited dan prihatin dalam membantu meringankan beban pelajar sehingga pelajar tersebut menamatkan pengajian kelak.

Apa jua rintihan serta cadangan daripada pelajar didengar dan diambil perhatian demi kebaikan pelajar tanpa mengira fahaman politik, agama serta warna kulit.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelajar akan mendapat kad diskaun itu pada sesi pengajian bermula September nanti dan berharap pelajar dapat menggunakan kad diskaun itu dengan bijak.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL