Soo Wincci Cuba Berpuasa Sepanjang Ramadhan....Alhamdulilah Supaya dekat Islam

Soo Wincci, nama yang kian meningkat naik selepas menyertai program realiti amal, MasterChef Selebriti Malaysia kini semakin diminati terutama dari kalangan penonton Melayu.
Setelah melancarkan CD Pop Melayu pertamanya, Terus Teranglah, ratu cantik dan penghibur ini mula mendekatkan diri bersama komuniti Melayu dengan berusaha untuk berpuasa sepanjang Ramadhan.“Ramai di kalangan rakan-rakan dan peminat Cina yang ingin tahu serta pelik berkenaan keputusan saya ini.“Tetapi saya ingin hidupkan semangat bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu,” kata Soo.Berpuasa pastinya sesuatu yang mencabar bagi mereka yang baru hendak mengamalkannya.Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada Soo apabila dia berusaha untuk mendapatkan tips dari rakan-rakan berbangsa Melayu serta dia telah mula mengurangkan pengambilan makanan dan mengamalkan pengambilan kurma.Selain itu, Soo juga tidak menjangkakan yang dia telah mendapat tempat di hati peminat Melayu setelah dia berjaya menjadi salah seorang finalis MasterChef Selebriti Malaysia.

Soo yang berusia 27 tahun merasakan perubahan itu sesuatu yang sangat drastik.
“Disebabkan MasterChef, ramai orang mula mengenali saya dan tahu saya juga seorang penyanyi.
“Ini merupakan batu loncatan bagi saya dan membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu saya,” ujar Soo.Dia yang merupakan ‘Miss Malaysia World 2008′ mengatakan yang dia gemar mendengar lagu Melayu seperti lagu Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.
Pada masa yang sama, Ajai menjadi tulang belakang yang penting apabila dia merupakan komposer dalam pembikinan kesemua empat lagu dalam album tersebut.
Nampaknya, Soo yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam berusaha untuk berpuasa, bagaimana dengan anda?Semoga Soo seronok menjalani bulan Ramadhan ini bersama rakan-rakan serta peminatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana