Skandal Talam Corporation Bhd MB Selangor cuba disembunyikan oleh Kerajaan Selangor daripada pengetahuan rakyat...

Sebelum ini integriti kerajaan negeri dipersoalkan. Ia berikutan dakwaan isu penyelewengan RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam Corporation Berhad (kini Trinity Corporation), yang dibebani hutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu.Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk berbincang mengenai jumlah penuh transaksi cabang pelaburan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation di Dewan Undangan Negeri.Perkara ini mula menjadi tanda tanya di kalangan rakyat Selangor yang ingin mengetahui keadaan sebenar setelah sekian lama dihidangkan dengan dakwaan penyelewengan dan kegagalan mengurus tadbir negeri dengan baik.Segala yang berlaku sejak kebelakangan ini membantu melengkapkan lakaran persepsi tentang kelemahan sistem pentadbiran negeri, dan meyakinkan rakyat bahawa benar berlaku penyelewengan duit rakyat di bawah persekongkolan Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana