Rasuah: Pegawai SPRM dijel, denda...Padan Muka Harapkan Pagar Pagar Makan Padi

Inilah orang yang tidak Amanah yang diberikan oleh kerajaan supaya menjaga SPRM dipandang Mulia dan tidak dipandang serong.Perbuatan Orang seperti ini memang patut dihukum dengan lebit berat dan masuk kedalam jel sepanjang hayat...Ini semua memburuk Imej kerajaan secara terang terangan.
SYABASS KERAJAAN MALAYSIA CEPAT BERTINDAK DENGAN SEGERA.

Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda lebih RM2.2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Mohan, 39, yang kini digantung tugas, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ini merupakan hukuman paling berat pernah dikenakan terhadap kakitangan SPRM yang terbabit dalam kes rasuah setakat ini.
Lelaki itu juga merupakan tertuduh pertama yang didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berkuat kuasa pada 2009 bagi menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL