Ramadan berdarah: Agenda CIA di Syria terserlah...

Terbaru, seorang juruterbang kerajaan Syria berpaling tadah melarikan diri ke Jordan membawa kapal terbangnya sekali, sementara Rusia terus mengadu sebuah syarikat insurans British sengaja menghalang penghantaran bekalan senjata untuk membantu usaha Presiden Syria Bashar al-Assad mempertahankan negara itu. Bagaimana pun, berita paling menarik hari ini mengenai bekalan senjata kepada pemberontak.
Ramadan berdarah: Agenda CIA di Syria terserlah
Menurut akhbar itu, senjata-senjata kecil dan ringan diseludup masuk ke Syria oleh kumpulan Ikhwanul Muslimin Syria bersama beberapa kumpulan lain. Laporan juga menyebut pegawai-pegawai CIA berada di selatan Turki sejak beberapa minggu lalu dalam usaha memastikan penyaluran bekalan senjata tidak jatuh ke tangan mereka yang bersekutu dengan Al Qaeda atau kumpulan-kumpulan lain. Pendedahan tersebut tidak selari dengan kenyataan pentadbiran Barack Obama bahawa tiada senjata diberikan kepada pihak pemberontak di Syria. Dengan laporan terbaru yang mensahihkan pelbagai spekulasi usaha Amerika Syarikat dan negara barat lain mendalangi pergolakan di Syria, jelas menampakkan betapa negara itu semakin jauh mengheret diri ke dalam kancah perbalahan dalaman di negara Timur Tengah itu. Keadaan pemberontak Syria yang semakin lengkap bersenjata sejak kebelakangan ini hinggakan mampu mematahkan pertahanan tentera kerajaan dengan kelengkapan lebih sofistikated membuktikan apa yang berlaku. Selain itu, Arab Saudi dikatakan menganggap Bashar al-Assad lebih daripada hanya pelanggan kepada negara seteru Iran, dan sehubungan itu ingin melihat kerajaan pimpinan beliau digantikan oleh sebuah kerajaan Islam Sunni yang bersedia kembalikan sokongan kepada Arab Saudi. Sementara itu, Qatar juga berkongsi pandangan yang sama terhadap kerajaan Syria yang dikuasai oleh majoriti Alawait yang merupakan sebahagian daripada Islam Syiah. Di atas segala-gala ini, Amerika Syarikat juga mahukan supaya Assad digulingkan, seperti mana ditegaskan Setiausaha Negara Hillary Clinton. Dengan kejatuhan Assad, pegawai-pegawai Amerika harap Syria akan lebih renggang dari Iran dan seterusnya mengurangkan tekanan dalam pertentangan berhubung apa yang didakwa sebagai program nuklear yang membahayakan dunia. Justeru, dalam konteks ini Amerika amat berhati-hati siapa yang bakal menggantikan Assad di Syria.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana