PM jumpa Imam dan AJK Masjid seluruh negara esok....Alhamdulilah Terbaik Untuk Pemimpin Negara

khabar gembira untuk imam-imam akan diumumkan kerajaan esok. Dikatakan pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang itu sejumlah 10,000 orang daripada golongan itu dijangka hadir.Dan lebih menarik lagi, akan diumumkan satu bentuk pemberian istimewa untuk para imam dan ahli jawatankuasa masjid.Tidak ketahuan insentif apakah itu. Khabarnya bukan dalam bentuk wang ringgit, tetapi yang boleh digunakan oleh imam-imam sepanjang menjalankan urusannya di masjid."Pemberian itu dalam bentuk material... sabarlah, kita tunggulah pengumuman Perdana Menteri nanti untuk seluruh 135,000 imam-imam dan ahli jawatankuasa masjid.
"Namun apa pun yang kita ingin perkatakan di sini ialah belum pernah lagi perkumpulan sebesar ini dibuat dengan lebih 10,000 akan hadir. Dan PM tentu sekali ada amanat penting yang akan disampaikan beliau,"Dikatakan juga pada perhimpunan di dewan konvensyen Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang itu,
 Perdana Menteri akan memberi laluan kepada seorang imam untuk berucap di hadapan hadirin yang ramai itu. Siapa dia dan apa yang akan diucapkannya, tidak juga ketahuan. Tetapi dipercayai ucapannya berkisar daripada luahan hatinya yang mewakili golongan berkenaan.

Hakikatnya, golongan agama sama seperti mana-mana rakyat pelbagai lapisan yang lain, tidak terpinggir daripada mata dan telinga dalam setiap era pentadbiran kerajaan. Hakikatnya sejak era merdeka lagi, institusi masjid telah diimarahkan oleh kepemimpinan kerajaan.Dari seorang Perdana Menteri ke seorang Perdana Menteri, perkara-perkara itulah antara yang termasuk dalam agenda pemerintahan pemimpin nombor satu negara itu.
Dan barangkali tentu sedikit terdetik di hati seseorang tatkala singgah untuk menunaikan solat Asar di masjid yang tidak seberapa besar ruang solatnya di pinggir jalan lebuh raya merentasi sebuah kampung.Kerana hari bekerja, tidak ramai jemaah di dalamnya seperti mana semasa solat Maghrib dan Subuh. Tetapi solat tetap ditunaikan secara berjemaah petang itu dengan imamnya tetap setia mengetuainya.Duduk dalam masjid, menjadi penjaga rumah suci Allah, tidak menjadikan imam-imam di negara ini golongan terpinggir.Namun, mahu atau tidak mahu, terpaksalah kita akur bahawa tidak semua imam mendapat pembelaan yang setara.Di sesebuah kawasan atau daerah tertentu, elemen kebajikan imam dibantu oleh YB atau wakil rakyat yang prihatin dan mengambil berat soal kebajikan mereka.

Mana yang bernasib baik, bersyukurlah. Tetapi yang agak terlepas pandang, kadang-kala terpaksalah memendam rasa. Walhal, peranan imam dan ahli jawatankuasanya adalah besar - menjadi 'jambatan' dengan kariah dan masyarakat.Atas semua inilah, Kerajaan Pusat di bawah teraju Najib mahu bertindak selaku penyelaras untuk menjaga soal-soal kebajikan imam-imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara.Bahkan, bukan aspek itu sahaja. Pokok terbesar dan matlamat utama adalah untuk memartabatkan golongan ini dan pada masa sama mengimarahkan institusi ini di mata masyarakat.Sejak menyandang jawatan Perdana Menteri dalam empat tahun ini, golongan imam turut termasuk dalam skop pelan transformasi Najib, selain hal-hal yang bersangkutan kepentingan rakyat seperti pengeluaran jenama dan produk 1Malaysia. Untuk elaun imam pada 2010, Perdana Menteri mengumumkan kenaikannya sebanyak RM300 iaitu dari RM450 kepada RM750 sebulan. Program menghantar imam dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk ketua kampung ke Mekah untuk menunaikan haji atas inisiatif Yayasan 1MDB, turut dimulakan tahun lepas dengan penghantaran seramai 111 orang.

Pada musim haji tahun ini pula dilaporkan seramai 200 imam dan 200 ahli JKKK akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan yang dijadualkan dua minggu sebelum wuquf.
Bagi saya sendiri, pertemuan Perdana Menteri dengan golongan imam dan ahli jawatankuasa masjid itu esok begitu signifikan demi untuk mengangkat imej Islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang akan disambut nanti.Sebenarnya saya sendiri sudah jemu dan bosan dengan kegiatan penyalahgunaan masjid dan surau setiap kali Ramadan menjelma. Masjid dan surau seringkali dipergunakan sebagai platform politik.Di Selangor, negeri kelahiran saya, ramai sekali penceramah-penceramah 'tanpa nama' diturunkan untuk meraih sokongan parti tertentu. Lebih menjengkelkan lagi mereka seolah-olah mengambil alih 'tampuk' pentadbiran masjid. Ia dilakukan dengan menselang-selikan kuliah antara 'beberapa ketika' semasa terawih.Di masjid-masjid dan surau di Selangor tahun lepas sahaja, antara tohmahan yang sering terdengar ialah 'kerajaan sekarang zalim, sukar nak buat (tegakkan) Islam'.

Acap kali tazkirah dan semasa terawih 'mereka' menyelitkan maksud tersirat supaya dengan 'harapan' jemaah akan membenci kerajaan yang ada.Apatah lagi pada Ramadan kali ini yang dipercayai sangat oleh 'mereka' suatu detik dan pentas 'terbaik dan halal' untuk memuntahkan segala peluru Pilihan Raya Umum ke-13.Maka, eloklah Perdana Menteri esok memberi nasihat ini kepada para imam dan ahli jawatankuasa masjid. Ini agar institusi masjid terhindar daripada tohmahan, dakyah dan fitnah kumpulan dan pihak tidak bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana