'Pas jigsaw puzzle dalam PR' Biasalah PASNGOK.....

Pas bukan sahaja tidak layak menjadi tulang belakang PR malah parti itu juga dilihat tidak sepatutnya bersama dengan sekutu pembangkang kerana dilihat tidak ada peranan langsung selama ini.
“Tulang belakang PR sebenarnya adalah DAP, dan Pas perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah jigsaw puzzle dalam PR.“Abdul Hadi sebenarnya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, namun impiannya pasti tidak akan tercapai kerana DAP menyediakan ‘pemain simpanannya’ tersendiri iaitu Lim Guan Eng bagi menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika PR berjaya ambil alih kerajaan,”Contohnya di Pulau Pinang sendiri Pas gagal menunjukkan kewibawaannya selain sering dipermainkan oleh rakan dalam pakatan sendiri.

Mengambil contoh isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang sebelum ini dijanjikan untuk diberikan kepada Pas tetapi ia beralih kepada PKR, Shaik Hussein berkata, ia menunjukkan Pas tidak mampu untuk membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam di negeri ini.
“Bila jawatan itu tidak diberikan kepada Pas, mereka (Pas) hanya bising seketika dan terus isu ini senyap. Kita pun tidak tahu siapa YDP MAINPP sekarang,”Pas bukan parti yang kuat dalam PR, sebaliknya sering tunduk dengan desakan rakan parti lain dalam PR. “Kalau Pas sendiri tidak boleh menjaga dan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam yang sedikit di Pulau Pinang, bagaimana dia boleh jaga orang Melayu dan Islam di negara ini. “Pas perlu buktikan terutama di Pulau Pinang bahawa mereka mempunyai suara selain mampu membantu masyarakat,”“Pendirian mereka tidak sama. Mereka tidur atas satu bantal tetapi mimpi lain-lain,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana