Lagi laporan polis dibuat bantah Perhimpunan Oren esok

ALOR SETAR: Lagi laporan polis oleh badan bukan kerajaan (NGO) dibuat terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang mahu mengadakan perhimpunan 'Oren' di hadapan Istana Negara esok.

Naib Presiden Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia, Fidel Firaidi Mustafa berkata, laporan polis itu dibuat kerana mahu menjaga kepentingan awam dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

"Saya amat berharap supaya polis mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menghalang perhimpunan tersebut.

"Kita tidak mahu negara kita terus dicemari dengan demostrasi jalanan yang akan merosakkan nama negara dan juga Felda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar tadi.

Bendahari pertubuhan itu, Mansor Ahmad pula meminta supaya Anak membuat kajian dahulu sebelum mengadakan perhimpunan tersebut.

"Dah banyak keuntungan yang diperolehi oleh Felda. Mengapa mereka masih tidak berpuas hati? Sepatutnya mereka perlu siasat dahulu sebelum mengambil tindakan ini (adakan perhimpunan)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana