Khalid patut letak jawatan, kata Sohaimi

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut meletakkan jawatan kerana sikapnya yang sering mengelirukan rakyat mengenai krisis air di negeri itu, kata Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan. Jelasnya, keengganan Khalid untuk turut serta dengan cadangan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) memaksa kemelut itu berlanjutan justeru menyalahkan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ekoran masalah air yang melanda. Walhal menurut beliau, tindakan tersebut disifatkan sebagai cubaaan Khalid untuk melindungi kepentingan politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menteri Besar itu sebelum ini menerusi laman sosialnya, Twitter, berkata Ketua Pegawai Esekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail perlu meletakkan jawatannya kerana gagal menjalankan tugas menyediakan air bersih secukupnya di Kuala Lumpur, dan Putrajaya. "Ini tidak ada kena-mengena dengan perletakan jawatan atau apa-apa, kita bercakap tentang servis dan juga rangkaian air. Air yang ditadah banyak tetapi air prosesan dari loji ke rumah semakin tidak mencukupi dan loji tidak dapat proses dengan lebih lagi. "Jadi sekarang dia (Khalid) cuba tuding jari dan salahkan orang lain, jadi pada saya dengan tindakan Khalid Ibrahim, memang dia yang kena letak jawatan sebagai Menteri Besar kerana dia gagal berkhidmat untuk rakyat dan gagal memastikan keperluan asas air dikawal dan dijaga," kata Sohaimi.

Sohaimi berkata, kerajaan negeri pimpinan Khalid seolah-olah tidak memahami persoalan pokok yang menjadi kebimbangan banyak pihak, iaitu ketidakcukupan bekalan air yang telah dirawat bukannya air mentah seperti air sungai, lombong ataupun empangan yang didakwa kerajaan negeri melimpah ruah. Tambahnya, kerajaan negeri perlu sedar bahawa loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan loji Langat 2 dapat menyelesaikan masalah itu. Justeru Sohaimi berkata, tindak tanduk Khalid itu semata-mata mahu meraih populariti politik. "Dia cuba memprovokasi sambil memantau tindak balas rakyat. Ini memang suatu tindak langkah popular yang diambil oleh ahli politik yang terdesak," tambah beliau. Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata Khalid terlalu mempolitikkan isu tersebut. "Nampaknya cara Menteri Besar mengendalikan kes ini, terlalu dipolitikkan. Masalah ini telah berlarutan selama tiga tahun dan nampaknya pentadbiran Khalid Ibrahim tidak berminat untuk melihat masalah sebenar masalah air di negeri Selangor,"
ujar Hamidzun. Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan bahawa kerajaan cuba mempolitikkan krisis air di Selangor. "Kalau ada pihak yang katakan kita sengaja politikkan, itu satu pembohongan yang sepatutnya tidak lakukan," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media 2012, di Balai Berita NSTP, di sini, hari ini. Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan krisis air yang berlaku di Lembah Klang hanyalah satu propaganda yang sengaja diada-adakan kerajaan bagi meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kerajaan sudah lama mengenal pasti masalah bekalan air yang akan dihadapi rakyat malah kerajaan juga sudah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. "Sebenarnya kita sudah kenal pasti jauh lebih lama dari segi bagaimana untuk tingkatkan kapasiti bekalan air terawat dibekalkan. Bukan hanya di Selangor tetapi tempiasnya Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Sehubungan itu, beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan pakatan yang menyalahkan pengurusan SYABAS. "Malangnya ia berlaku di Selangor. Kenapa tidak berlaku dahulu, semasa BN memerintah, yang dikatakan SYABAS penyebabnya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana