"Jodoh Ketentuan Allah S.W.T" kata Nasha Aziz

NASHA AZIZ bukan nama asing lagi dalam industri hiburan negara. Sudah lama tidak mendengar cerita sensasi dari bekas model ini biarpun wajahnya seringkali keluar di siri drama TV di Astro dan beberapa stesen TV lain. Setelah Ella bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya, pasti ramai yang ternanti-nanti siapakah yang bertuah bakal bertakhta di hati Nasha. Sebelum ini, kita sering mendengar kisah percintaan nasha yang tersekat ditengah jalan. Pastinya, peminat kepada bekas model berusia 41 tahun amat berharap hari bahagia untuk Nasha akan kunjung tiba. Nasha Aziz, mengakui bahawa dirinya masih solo dan dia sendiri tidak memikir soal jodoh buat masa ini.

Biarpun masih solo, dia berasa bahagia dengan hidupnya kini yang masih mempunyai teman-teman rapat dan keluarga. Nasha yang tidak mahu memikirkan soal jodoh hanya menyerahkan itu sebagai urusan Allah S.W.T kerana baginya itu adalah rezeki dan takdir yang dia sendiri tidak tahu. “Saya senang begini. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Nasha menjaga penampilan dan rahsia untuk kekal cantik ketika usia menjangkau 40-an. “Rahsianya adalah cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi. Jodoh itu ketentuan dari yang maha Esa

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana