Entahlah Apa lagi Nak Dikatakan Pada Nik Aziz Ni.....Pura Pura tidak Tahu

Pas tetap laksana hudud jika memerintah
 Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.
Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka.
Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu.
"Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya.
"Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya,"
Kalau Melihat Karpal Singh memang perjuangan nya memang tak ubah dari dulu sampai sekarang.PAS....dulu hudud sekarang ini Negara kebajikan dan nak PRU bangkit lagi HUDUD....PENING PALA MEMIKIRKANNYA...1 M tidak menghalang untuk melaksanakan hukum HUDUD ini.....untuk Islam jugak tapi hairan dan pelik sedangkan DAP mati mati tak mahu HUDUD sedangkan PAS masih berkerjasama lagi dengan DAP...ini yang buat pala pening ni.....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana