Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?

Tarikh: 19/07/2012
Hari: Khamis
Waktu: 5.00 PM


SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi esok adalah ruang bagi mencari kebenaran dan bukannya menentukan kemenangan.

Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.
Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran ap...a yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu.

"Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi.

"Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam.

Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri.

Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.

“Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan,” katanya lagi.

Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.

Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana