Datuk Farida pangku jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa, semalam.
Bernama melaporkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini mengenai jawatan tersebut yang kosong berikutan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.Ali turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana