Cadangan Tubuh Majlis Ulama UMNO Dapat Reaksi Positif...Alhamdulilah


SHAH ALAM 23 Julai - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyokong cadangan yang diusulkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan semula.Menurutnya, beliau bersetuju jika Majlis Ulama atau Lembaga Penasihat ditubuhkan agar dapat dijadikan sebagai rujukan parti dalam membuat sesesuatu keputusan tanpa bercanggah dengan ajaran Islam."Majlis Ulama tersebut haruslah terdiri daripada kalangan ulama dan diperakui pengetahuannya mengenai Islam dan juga berpengetahuan luas."Kalau sayap (majlis ulama), ia akan menjadi seperti sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, ia juga mesti mempunyai keanggotaan di semua peringkat majlis kerja tertinggi, bahagian dan cawangan. Ia mesti melalui proses pemilihan dan kempen yang sama,"katanya.Cadangan menubuhkan Majlis Ulama ini mendapat perhatian selepas Fathul Bari mengutarakannya pada debat anjuran Sinar Harian, 'PRU13: Orang muda pilih siapa?' pada Khamis minggu lalu.
Beberapa pemimpin pusat Umno, antaranya, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut menyokong penubuhan Majlis Ulama.Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan turut bersetuju dan berkata usul ini dibawa dan dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang."Jika kita semua setuju, barulah memikirkan bentuk struktur dan organisasinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana