Berita Panasss.....Ning Baizura hentam PAS...

Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau 'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.
Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.
Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik.

Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Salahuddin pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas di Tempoi Joho, memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Syarifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL