Warga Felda setia bersama BN...Alhamdulilah Hidup UMNO

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menegaskan warga Felda akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ahmad yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda berkata 112,635 peneroka seluruh negara merupakan penyokong kuat BN sejak daripada dulu. Warga peneroka Felda merupakan pengundi sasaran Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13. "Warga Felda penyokong kuat BN sejak dulu"Semalam PAS meminta rakyat khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada PRU13 berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham. Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. "Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara. “Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan,"TERIMA KASIH WARGA FELDA TIDAK BERBELAH BAGI MENYOKONG USAHA KERAJAAN BN DAN UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana