Wang Kertas Baru Bakal Diedar Bermula 16 Julai ini.

Menurut Bank Negara Malaysia, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan.

"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai."Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai. Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana