Video Debat ....Hebat Betul Saifuddin!!!!!Debat demonstrasi jalanan: Saifuddin berjaya 'pukul' Salahuddin

Debat bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" agak mencuri perhatian termasuk oleh orang UMNO sebab selama ini ramai merasai Saifuddin sebagai pemimpin populis yang suka menentang arus dalam parti. Bukan rahsia ada juga orang UMNO yang geram padanya kerana adakalanya membuat kenyataan-kenyataan yang dicop 'bernada pembangkang'. Tapi Selasa malam, Saifuddin membuktikan beliau merupakan 'aset parti' yang boleh diketengahkan untuk berentap di medan debat seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan beberapa orang lain. Beliau tampil dengan penuh konfiden dan tidak gentar untuk mempertahankan hujahnya.Beliau tampil dengan penuh konfiden dan tidak gentar untuk mempertahankan hujahnya. Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memulakan acara dengan memuntahkan 'peluru penabur' yang agak 'lari tajuk'. Malah ada soksek dikalangan sekitar 500 hadirin yang soal mengapa Salahuddin samakan perarakan agama macam Maulid Nabi oleh orang Islam dan Thaipusam oleh masyarakat Hindu sebagai demonstrasi jalanan. Salahuddin jelas tidak fokus pada tajuk dan banyak main hentam semata-mata untuk mempertahankan tindak tanduk puak pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan. Sebaliknya, Saifuddin ketika membentangkan hujahnya lebih berfakta dan fokus kepada tajuk debat iaitu “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi". Saifuddin yang merupakan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sebelum menjadi ahli politik, berhujah bahawa beliau tidak nampak sebarang bentuk penyelesaian masalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan ini kerana ia jelas tidak dapat mengukuhkan demokrasi. “Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan),” katanya yang mendapat sorakan dari hidirin termasuk penyokong PAS kerana kepetahannya berhujah. Saifuddin memberi contoh insiden yang terjadi ketika perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, pelbagai jenis risiko seperti kecederaan boleh berlaku khususnya ke atas mereka yang menyertai demonstrasi jalanan. Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan rakyat negara ini melalui pelbagai cara. “Kita seharusnya menjadi lebih liberal dengan meggunakan medium media baru seperti Twitter, Facebook dan mengadakan perundingan untuk mencapai dan mengukuhkan demokrasi dalam negara kita,” katanya. Beliau turut bertegas agar rakyat perlu mengukuhkan demokrasi dengan cara menguasai ilmu pengetahuan dan beliau turut mengimpikan agar dapat memajukan anak bangsa Malaysia. “Walau bagaimanapun demokrasi perlu dikukuhkan dengan cara yang lebih matang dan progresif agar negara kekal aman dan untuk mencapai misi ini, kita mesti mempunyai cara tersendiri,” katanya. Beliau turut memetik beberapa ayat suci Al Quran untuk memperkukuhkan hujahnya, sehingga ternga-nga mulut orang-orang PAS dalam dewan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu. Ramai yang menjangka Salahuddin yang hendak berhujah dengan ayat Quran tetapi sebaliknya, Salahuddin nampak lebih gemar qoute tajuk buku daripada menjelaskan isi kandungannya. Dalam beberapa keadaan, Salahuddin dilihat lebih gemar bercakap apa yang hendak Pakatan Rakyat buat jika mereka memerintah kerajaan pusat dengan retorika kosong, contohnya "kita akan suburkan demokrasi ketika itu, hapuskan akta yang zalim, sebab UMNO merupakan pembangkang..." Beliau langsung tidak menjelaskan apakah proses menyuburkan demokrasi tersebut, apa akta yang zalim itu, hujah-hujah kosong begini kalau di tempat ceramah okay lah, ini di dewan untuk berdebat dengan live di TV, nampak sangat tahap tara mana tahap keilmuan pemimpin PAS itu, kata seorang hadirin yang jelas kecewa. Bagi Saifuddin, apapun persepsi negatif yang cuba dibentuk pembangkang kepada kerajaan, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan kerana rakyat sendiri perlu tahu menggunakan ruang dan medium lain bagi menyuarakan sebarang perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah. “Jika ada sebarang perbezaan pendapat dalam politik, kita perlu menggunakan cara debat atau berbincang secara baik, jika ada sebarang kesilapan, kita boleh betulkan bersama-sama secara sopan, bukan menggunakan emosi,” tegas beliau. “Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana kerajaan sedia maklum dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu gadaikan keselamatan orang awam dengan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan,” katanya. Ahli Parlimen Temerloh itu turut sindir pemimpin pembangkang yang sibuk bercakap soal tiada demokrasi di Malaysia tetapi sebenarnya tidak menggunakan ruang demokrasi yang diberikan sepenuhnya. Beliau memberikan contoh kes membangkang keluar Dewan Rakyat setiap kali pengundian akta-akta penting seperti Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini. Debat tersebut dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar dan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan radio Bernama 24. Debat Sinar tersebut siri kedua selepas siri pertama menumukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bulan lepas. Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi. "Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana