Ustaz ikon lawak!!!!Terbaik Sekali Ulasan UST FATHUL BARI...SYABASSS

Saya hendak minta ustaz huraikan tentang pengertian dan kriteria mengenai individu yang mengangkat dirinya sebagai ulama. Pengertian tentang ulama, sebab sekarang ramai sangat individu yang mengaku dirinya ulama tetapi bermain gitar, ada pula yang mengaku ulama tetapi menggelarkan ilmuan Islam sebagai ulama 15 ribu dan macam-macam. Minta ustaz terangkan pengertian ulama...
Jawapan:
Secara adilnya kita tidak ingin menggelar atau menilai orang berdasarkan sijil atau ijazah, sebaliknya kita menilai seseorang itu berdasarkan tahap keilmuannya. Saya bimbang, orang yang bercakap pada hari ini membawa satu gelombang yang besar, impaknya besar. Tetapi adakah impaknya pada ilmu yang dibawa yakni fakta-fakta, ayat-ayat Al Quran, hadis-hadis Nabi berdasarkan penjelasan ulama atau pun impaknya hanya pada lawak jenaka?
Seorang ustaz yang popular yang berbahasa timur, saya mengikuti beliau hampir dua tahun. Saya sendiri mengambil beberapa faedah dan manfaat iaitu cara membuat lawak, sebab saya tidak pandai ceramah buat lawak. Ceramah saya biasanya serius, lebih kepada menjelaskan Al Quran dan hadis Nabi, penjelasan para ulama, kekhilafan atau perselisihan, dan penyelesaian isu. Itu cara saya berceramah.
Saya ditegur oleh beberapa orang sahabat yang menyuruh saya buat lawak sedikit, jadi saya pun belajar sikit-sikit. Antara ikon lawak saya adalah beliau. Saya membuka internet, duduk depan youtube dan tengok bagaimana beliau buat lawak, contohnya cara angkat takbir, bunyi, solat ultraman dan sebagainya. Jadi saya tengok ada cara beliau itu boleh diambil sikit-sikit, tetapi tidak boleh digunakan semua. Apabila kita perhati banyak kali baru kita kenal, banyak maki hamun, kutuk cerca, dengan alasan itu adalah kebiasaan bahasa orang timur. Begitukah?
Lebih Lanjut Di Sini....SOURCE NYA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana