Undi parti lain tiada pahala - Nik Aziz...Apa yang Merapu dan Buat Hal Lagi Ni
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengulangi kenyataannya bahawa tidak akan dapat menikmati sebarang pahala di akhirat sekiranya mengundi parti kebangsaan pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Aziz berkata hanya dengan mengundi parti Islam saja yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan.
"Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam saja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala.
"Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pelaburan Rakyat Kelantan semalam.
Beliau mengulas demikian, apabila ditanya sama ada PAS akan terus menggunakan fatwa masuk syurga apabila seseorang itu mengundi parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu PAS menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu menarik semula fatwa undi PAS masuk syurga biarpun sejak kebelakangan ini parti itu diminta segera menjelaskan semula isu fatwa tersebut oleh kebanyakan pihak.
NIK AZIZ SUDAH TERDESAK LAGI DAN PENGIKUT PAS SUDAH TIDAK KERUAN SEHINGGA BERANI MEMBUAT KEKECOHAN DI CERAMAH HAK ORANG LAIN.ORANG PAKAI KOPIAH SANGGUP TUNJUK BERLAGAK ALA SAMSENG...SEPATUTNYA DIMINTA BERSABAR DAN BERTENANG...CACING KEPANASAN KOT.BAIK NIK AZIZ BERUNDURLAH SAJA BUAT KENYATAAN MERAPU RAPU...
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’. Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka. Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu. Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya . Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat. “Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang...
Comments