Sertai UMNO, 10 Beranak Dihalau Keluar Rumah : Dahsyat Mainan Politik PAS

Amat malang nasibnya keluarga ini disebabkan tidak sependapat dengan parti PAS sehingga menghalau dari kediaman.Sikap Buruk segelintir taksub PAS ini akan memberi kesan yang mendalam pada keluarga ini bahkan keturunannya akan datang...sudah tentu keluarga ini akan memperingati sampai bila bila...Ini semuanya berlaku di Bachok Kelantan...

BACHOK – Akibat menyertai UMNO baru-baru ini, sebuah keluarga 10 beranak di  Kampung Changgung menjadi mangsa perbezaan fahaman politik apabila dihalau dari rumah yang ditumpangi sejak berpuluh tahun lalu.Pertikaian bermula apabila ketua keluarga, Che Mohd Nor Che Mamat,53, menyertai UMNO dan semakin memuncak selepas keluarga terbabit menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) fasa akhir Isnin lalu.Menurut isteri Che Mohd Nor, Esah Ya,50, dia menetap di rumah terbabit bersama ibu bapanya sejak kecil lagi.“Saya tinggal di sini sejak kecil bersama ibu bapa. Selepas datuk dan nenek kami meninggal dunia, rumah serta tanah tapak rumah ini diberikan kepada ibu saudara kami.“Dahulu mereka membenarkan kami tinggal di sini tetapi selepas suami menghantar borang keahlian UMNO dan kami menerima BR1M minggu lalu, mereka menghalau kami keluar dari rumah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pagi tadi.

Esah berkata, semalam empat kali keluarganya itu datang menghalau dia dan keluarganya.“Semalam empat kali mereka datang ke sini meghalau kami keluar dan katanya tiada faedah lagi membenarkan kami tinggal di sini kerana kami sudah ‘balik’ (berubah parti),” katanya.Esah  berkata, dalam keterpaksaan itu, dia sekeluarga kini terpaksa berpindah dan  menumpang di rumah anaknya di Kampung Nipah.Justeru, beliau amat mengharapkan bantuan untuk membina kediaman sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.
“Kami tidak mampu untuk bina rumah sendiri kerana suami saya, pun uzur akibat sakit angin ahmar tahun lalu selain menghidap asma.Ekoran kejadian itu, dia dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah sewaan anaknya, Nor Azma, 20, yang tinggal bersama suaminya, Mohd Saiful Rizal Ramli, 27.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Changgung, Mohd Amri berkata, beliau berharap perkara tersebut dipandang serius oleh kepimpinan Umno Bahagian untuk memberikan bantuan segera.Beberapa penduduk yang bersimpati terhadap keluarga ini hadir menghulurkan bantuan memindahkan barangan keluarga terbabit.

Comments

Anonymous said…
bukti jelas ajaran nik ajis boleh berkawan dengan syaitan telah berjaya tercapai.....

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana