Pemuda PAS Pulau Pinang Mahu PKR Ambil Tindakan Terhadap Penaja 'Bertam Nite' Atau Hangat Hangat Tahi Ayam Saja

GEORGE TOWN: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap penaja majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran parti itu kerana mempersembahkan tarian seksi untuk tontonan umum. Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Bernama di sini Jumaat, Pemuda PAS tidak boleh menerima alasan PKR bahawa mereka tidak mengetahui mengenai persembahan tarian seksi pada majlis anjuran Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya PKR kawasan Dewan Undangan Negeri Bertam pada Ahad lepas. "Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas," katanya. Katanya secara tidak langsung imej parti komponen lain yang bekerjasama dengan PKR turut tercalar ekoran penganjuran majlis-majlis seperti itu. "Saya mendapat maklumat pemimpin PAS bahagian Kepala Batas turut dijemput hadir dalam majlis itu dan jika benar PKR tidak menganjurkannya mengapa terdapat logo PKR di pentas itu?," katanya. Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dalam kenyataannya pada Khamis dipetik sebagai berkata, persembahan tarian seksi yang memaparkan tiga penari perempuan memakai skirt pendek itu tidak dianjurkan oleh parti berkenaan. Katanya, ia adalah kesilapan penaja kerana persembahan yang dicadangkan ialah tarian tradisonal dari pelbagai kaum. - BERNAMA TAK TAHU MALU ITUKAN PARTI GABUNGAN PAS SEHIDUP SEJIWA DAP DAN PKR...KALAU PKR CAKAP HAK DEMOKRASI NAK CAKAP APA?PKR INI BUKAN BETUL SANGAT?KADANG KADANG KEPALA KETUANYA TAK BOLEH PAKAI LANGSUNG...

Comments

coklat ungu said…
Bernama tak tahu malu?

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana