Pemecatan Faekah: Pimpinan PKR enggan mengulas...Bercelaru dan Carca Marba

Beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyak terus mengambil ketetapan menutup mulut bersabit isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang kini dikecam hebat oleh ahli-ahli PKR melalui akaun twitter #kamisayangPKR di ruang siber. Pemimpin Tertinggi PKR yang ditemui krew portal ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut bersabit perkara itu dan hanya memberikan alasan tidak tahu menahu berhubung pergolakkan dalam parti itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebaliknya berkata, kecaman yang diterima Faekah tersebut adalah soal berkaitan kerajaan Selangor dan bukannya bersabit dengan parti. Dalam pada itu ditanya sama ada pernah menerima aduan dibangkitkan pada mesyuarat biro politik PKR baru-baru ini, Saifuddin bagaimanapun berkata tidak tahu menahu perkara itu. "Saya sendiri tiada tetapi kalau pimpinan lain saya tidak tahulah," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof pula, berkata beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut. "Minta maaf, saya tidak tahu menahu mengenai isu ini, saya bukan wakil rakyat Selangor," ujarnya. Bahkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut senada dengan pemimpin PKR yang lain apabila turut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Saya enggan mengulas lebih lanjut kerana saya bukan wakil rakyat dari Selangor, jadi saya tidak berada dalam posisi yang sesuai untuk memberi komen memandangkan tidak mengikuti perkembangan perkara tersebut," katanya. Media difahamkan kempen yang kononnya menggunakan slogan #kamisayangPKR adalah agenda terbaru ahli-ahli PKR yang mahu Faekah dipecat dengan segera. Kempen itu bertambah menjadi lagi kontroversi apabila difahamkan akaun #kamisayangPKR di twitter itu dibina sendiri oleh orang kuat Timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana