PAS SEMAKIN TERTEKAN KU LI SEMAKIN MEMUJI UMNO DAN BN

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menangani kesan akibat kelembapan ekonomi di beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan China.Beliau berkata kerajaan bijak mengawal perbelanjaan negara dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan perdagangan ke negara maju terbabit.Berikutan itu, katanya, Malaysia perlu mengambil langkah untuk berdepan kemungkinan kelembapan ekonomi turut merebak ke negara lain."Kita tidak boleh lari daripada pergantungan eksport dua hala dengan negara maju berkenaan, dan jika ekonomi mereka merudum, maka kita juga perlu bersedia menghadapinya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru, Himpunan Guru dan Penyampaian Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Gua Musang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu di sini, Sabtu.Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mat Yusoff Ab Ghani, ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Galas Ab Aziz Yusof.Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan, percaya kepimpinan sedia ada di negara ini sudah membuat penelitian dan melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tekanan ekonomi.Setakat ini, katanya, kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah rakyat kerana masih mempunyai kewangan yang kukuh walaupun mengetahui kemerosotan ekonomi negara maju.Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat supaya bersedia dengan memperbaiki kedudukan perbelanjaan dan tidak boros.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana