PANAS....Sultan Johor hentam Nizar dalam titah rasmi sidang Dewan Undangan Negeri

Isu keceluparan Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai WWW 1 masih belum beres di hati Sultan Johor.Baginda meluahkan rasa murka dalam titah merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya Khamis. Ketika menyentuh isu berkenaan baginda mengingatkan Timbalan Persuruhjaya PAS Perak itu agar tidak berlagak pandai pada hal yang beliau tidak tahu. "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda. Sultan Johor bertitah tindakan Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang,Perak itu sedar mengenai kesilapannya. Baginda juga bertitah adalah tidak perlu menghebahkan apa yang baginda sudah buat untuk amal jariah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana