Nik Aziz perlu diganti segera...Ustaz Hassan Basri

Kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas perlu diganti segera bagi mengelakkan kekeliruan serta kenyataan bercanggah di kalangan pemimpin utama parti tersebut.Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan dengan serius bagi memastikan tidak berlaku perpecahan yang lebih besar di kalangan ahli parti dan masyarakat Islam Malaysia secara keseluruhannya.Katanya, kedudukan Mursyidul Am Pas itu sebagai Menteri Besar Kelantan menyumbang kepada kekalutan parti kerana segala kenyataan pemimpin itu kini dilihat lebih kepada menjaga kepentingan politik berbanding lunas Islam seperti terkandung dalam al-Quran serta hadis. Justeru katanya, jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas perlu diberi kepada individu yang tidak mempunyai kepentingan politik, tidak memegang jawatan dalam kepimpinan negeri dan mempunyai ilmu agama yang mantap.

"Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan menyokong usaha muzakarah di antara UMNO dengan Pas hanya kerana Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Majlis Syura Pas kini tiada lagi kredibiliti kerana diketuai oleh seorang Menteri Besar dan juga Mursyidul Am Pas yang jelas mendapatkan nasihat daripada golongan parasit dalam Pas yang semakin menghancurkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Hasan Basri mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan percanggahan pendapat yang ketara di antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz dalam beberapa isu mengelirukan rakyat.Sebagai contoh, Nik Abdul Aziz pernah mendakwa para pengundi Pas mendapat ganjaran syurga tetapi disanggah oleh Abdul Hadi baru-baru ini dan kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah pendapat dalam hal Perdana
Menteri Melayu serta muzakarah Pas dengan UMNO.Hasan Basri menambah, kenyataan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi kebelakangan ini jelas menampakkan parti itu cuba sedaya upaya menjaga hubungan dengan sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana