Mengapa PAS dilabel sebagai parti ‘ajaran sesat?’

Sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini, PAS dilihat berani dalam mengeluarkan fatwa yang wajib diikuti oleh umat Islam khusus bagi penyokong-penyokongnya.Soal halal dan haram seperti sudah menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Buktinya PAS berani mengeluarkan Fatwa “Halal Haram PAS” :
Kubur pas berbeza dengan kubur yang telah diwartakan oleh kerajaan. Ahli pas yang meninggal ditanam bukan di tanah perkuburan Islam sebaliknya di kawasan persendirian ekoran kenyataan pemimpin Pas yang menyuruh para penyokong mengebumikan jenazah di kawasan mereka sendiri. Walhal kerajaan telah menyediakan tanah perkuburan untuk rakyat malahan lebih afdal tanam di tanah perkuburan sedia ada kerana mendapat manfaat hasil doa orang yang menziarahi tanah perkuburan.

Haram sembahyang berimamkan imam yang dilantik oleh kerajaan.

Penyokong Pas membina surau sendiri seterusnya bersembahyang Jumaat di surau berkenaan. Padahal terdapat masjid di kawasan kariah mereka. Namun hasil ungkapan pemimpin yang sesat terus menyesatkan penyokong yang taasub tanpa menghiraukan hukum hakam.

Tidak sah bernikah berjurunikahkan kadi yang dilantik oleh kerajaan.

Pasangan Pas yang berkahwin di akad nikah semula kerana pendapat sesat mereka tidak sah sekiranya kadi kerajaan menjadi jurunikah. Mereka yang menggunakan khidmat kadi kerajaan untuk mendapatkan sijil kahwin, perlu di akad dengan kadi Pas kerana nikah itu sah hanya menggunakan khidmat kadi Pas.

Haram makan sembelihan orang UMNO.

Syarat sah sembelihan ialah Islam dan baligh. Tetapi ‘fatwa’ Pas memutarbelitkan hukum malahan sanggup mengharamkan hasil sembelihan Orang Islam selain daripada ahli Pas.

Tidak boleh menghadiri kematian orang UMNO walaupun saudara mara.

Tidak mengira adik beradik, saudara mara, ibu bapa, sepupu ataupun waris terdekat yang menyokong UMNO tidak boleh diziarahi ahli Pas ketika meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana