Lagi Peninggggg....Nik Aziz Setuju Penyokong PAS Batal Niat Tunai Haji

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan."Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, Khamis. Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal pro pembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.
Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.
Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu. - BERNAMA
SAMPAI KETAHAP BERGITU SEKALI NIK AZIZ MENGELUARKAN KENYATAAN SEBERGINI RUPA...POLITIK PUNYA PASAL.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana