Kelam kabut dalam PKR Selangor...

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang, 13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat.Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen 'Kami Sayangkan PKR' yang dihebahkan melalui laman maya.Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan 'oportunis' untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri.Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa.
INILAH PAKATAN RAKYAT BARU SETAHUN JAGUNG SUDAH PANDAI TUNJUK KUASA DAN JATUH MENJATUH ANTARA SATU SAMA LAIN....INI KER MAHU MEMERINTAH NEGARA..MUSNAH TERUS DIBUATNYA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana