KBS nafi bayar belia untuk hadir Himpunan Jutaan Belia....

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Isnin menafikan membayar golongan belia untuk hadir ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lepas.Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata elaun hanya diberikan kepada sukarelawan yang bertugas pada perhimpunan itu, yang berbentuk kupon makanan bernilai RM15."Peruntukan hanya diberikan kepada sukarelawan dalam kalangan belia sebagai ganjaran, itupun berbentuk kupon makanan bernilai RM15 yang boleh ditukarkan kepada makanan di gerai-gerai jualan pada perhimpunan itu...itu sahaja yang kami berikan.
"Seramai 20,000 sukarelawan terlibat bagi membantu kerja-kerja membersih dan sebagainya.. kami tidak mahu jadi seperti perhimpunan Bersih, mereka berhimpun tetapi tidak menjaga kebersihan dan mengotorkan kawasan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.Beliau berkata dakwaan pengunjung di beberapa negeri bahawa mereka dibayar sejumlah elaun oleh kementerian itu untuk hadir ke perhimpunan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak benar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana