Isu spekulasi pilihanraya musim Haji : Haji Hadi kena minta fatwa tentang 'dosa' dari Mat Sabu

Selepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkisah tentang spekulasi pilihanraya pada musim Haji,Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang pula tampil dengan kenyataan yang panjang lebar.Pada kenyataan yang dihantar pada media petang Sabtu itu beliau antara lain seperti biasa hendak tunjuk bagaimana pakatan pembangkang akan jaga hak rakyat jika duduk di Putrajaya.
Katanya PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.Haji Hadi juga hendak gambarkan bagaimana jahilnya orang UMNO dan mereka yang membuat kenyataan menentang desakan PAS agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.Sebelum ini seluruh pimpinan PAS termasuk juga Musyridul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat bersuara senada mahu mereka yang berkepentingan yakni bakal calon dan jentera parti menangguhkan tunai Haji.Kata Presiden PAS itu parti pimpinannya tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan.Seperti juga Tuan Ibrahim,kenyataan Haji Hadi diselitkan dengan berbagai hujah keagamaan.Maksudnya kalau tidak dipenuhi tuntutan PAS maka ' berdosa ' seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.Sebelum pergi lebih jauh rasanya Haji Hadi dan Tuan Ibrahim kena minta fatwa dari Mat Sabu terlebih dahulu apakah ' berdosa' bagi seseorang lelaki menelefon isteri orang untuk bercengkerama mengenai soal seks antara mereka berdua.
Ini merujuk kepada penyebaran rakaman perbualan telefon antara Mat Sabu dengan isteri orang, Normah yang menjadi isu yang cuba dipendam oleh PAS hingga ke hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana