Dakwaan ‘ejen BN’: Khalid Samad silap langkah bergasak dengan Zamil Ibrahim

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu yang kini berebut jawatan dengan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Presiden parti KITA boleh buat Ahli Parlimen Shah Alam dan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu tidak nyenyak tidor.Rakan-rakan politik yang mengenali Zamil berkata silap haribulan Khalid boleh jadi sasau kalau nak terus layan berperang dengannya.Khalid mungkin sudah merasa dirinya hebat cuba membuat pendedahan video mendakwa Zamil ‘ejen BN’ untuk membeli Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Gwo-Burne Loh pada harga RM2 juta.Dakwaan itu telah menjadi bahan bualan lucu dikalangan orang politik sejak tersebarnya berita mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh Khalid dan beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang di bangunan Parlimen.
Beliau kini tampil sebagai Lone Ranger yang akan tembak dan terus tembak apa yang didakwanya kongkalikong Datuk Seri Anwar Ibrahim & geng.Khalid nampak sudah silap tembak.Petang Jumaat seperti yang dijanjikan Zamil ‘angkat senjata’ mengadakan sidang akhbar di Sungai Petani untuk menjawab dakwaan Khalid.
Beliau juga mendakwa pernah mengadakan pertemuan dengan sebilangan wakil rakyat PKR yang maki hamun dan tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Juga dakwanya ada diantara mereka yang jumpanya untuk ‘ jual diri’.Jangan kata takut berdepan dengan dakwaan itu,malah Zamil mencabar Khalid untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Ahli Parlimen pembangkang. tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Anwar pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional hingga mengejar mereka ke Taiwan semasa isu 16 September 2008.

"Saya nak ingatkan dia banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya."....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR,""Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin."Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolak mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.

"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih,"Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam PAS dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana