Baju kuning gagal jejaskan sambutan PM di KTAR

Ribuan pelajar kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di sini yang berpakaian serba merah menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib yang melawat kolej itu di sini petang ini. Mereka kelihatan begitu gembira seolah-olah berpesta dan bersorak-sorak menyambut perdana menteri yang tiba untuk majlis Agensi Inovasi Malaysia di situ.
Ada antara mereka yang membawa sepanduk dan kain rentang memuji Najib dengan tertera tulisan "Ah Jib Gor You are Our Inspiration" (Ah Jib Gor kamu inspirasi kami) dan "Ah Jib Gor We Love You" (Ah Jib Gor kami sayang kamu). 'Ah Jib Gor' atau 'Abang Najib' mula popular selepas Najib mewujudkan laman sosial dengan nama sama untuk mendekati 'rakan-rakan' Facebook berbangsa Cina. Meskipun pihak pembangkang cuba menghasut pelajar untuk memakai pakaian serba kuning sempena warna perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, namun ia tidak mendapat sebarang sambutan. Hanya kira-kira 10 pelajar tahun yang tetap berbaju kuning dan mereka datang dengan bergaya santai, antaranya berseluar pendek dan sibuk bergambar sesama sendiri. Najib kemudiannya menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sambutan meriah yang diberikan pelajar berkenaan. "Sambutan yang diberi membuatkan saya rasa seperti rockstar (bintang rock). Rockstar yang sudah tua," katanya berjenaka. Sementara itu, pada ucapannya di Ekspo Inovasi Malaysia 2012 (IMT2012) Agensi Inovasi Malaysia itu, Najib berkata kerajaan akan memberi pengiktirafan secara retrospektif kepada lebih 70 kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan sejak dari pertengahan 1990-an di pelbagai kampus KTAR di seluruh negara. Beliau berkata kursus tersebut adalah layak diiktiraf oleh kerajaan dan langkah itu dibuat selepas Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) memberi pengiktirafan kepada kursus-kursus itu sejak ia ditubuhkan. "Oleh kerana wujud masalah teknikal sebelum kewujudan MQA, kursus-kursus itu tidak dapat diberi pengiktirafan oleh MQA. "Mudah-mudahan dengan pengumuman ini, satu masalah yang menjadi hambatan kerana masalah teknikalnya, boleh diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana